FASA PERMULAAN
TARIKH &
MASA
|
AKTIVITI
|
23/10/2015
10.00 pagi –
12.00 tengah hari
|
Bagi kursus Jalinan
Masyarakat,saya telah di tempatkan di dalam
kumpulan 10.Perjumpaan dimulakan dengan penerangan daripada guru
penyelia kami iaitu Professor Dr Edward Wong Sek Khin.
|
5/11/2015
6.00 petang –
8.00 malam
|
Perbincangan
telah dilakukan mengenai aktiviti yang boleh kami jalankan dan setiap ahli
kumpulan telah memberikan idea masing masing. Kami telah bersetuju untuk
membuat lawatan ke rumah orang tua berdekatan dengan universiti kami iaitu
Harmony Care Centre Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
|
19/11/2015
6.00 petang - 8.00
malam
|
Perbincangan
diteruskan dengan perancangan untuk membuat kertas kerja.
|
23/11/2015
5.00 petang - 7.00
malam
|
Kami membuat
perbincangan berkenaan dengan kertas kerja kami bersama dengan penyelia
kami,Dr Edward Wong Sek Khin untuk mendapatkan kata putus dan pendapat
daripada beliau.Beliau bersetuju dengan tempat yang telah dipilih bagi kursus
Jalinan Masyarakat ini.
|
26/11/2015
5.00 petang - 7.00
malam
|
Setelah mendapat
kebenaran daripada penyelia kami,kami membuat penambah-baikan dan menyerahkan
kertas kerja kepada penyelia bagi tujuan semakan.
|
4/12/2015
11.30 tengah
hari - 1.00 petang.
|
Kami mengadakan
perbincangan untuk menentukan jumlah dana yang perlu dikumpulkan bagi tujuan
sumbangan kepada rumah orang tua terbabit.
|
14/12/2015
12.00 tengah
hari – 2.00 petang
|
Kami telah
berhubung dengan pemilik Harmony Care Centre dan menetapkan waktu dan tarikh
untuk mengadakan lawatan di sana. Kami turut berbincang tentang aktiviti yang
bakal dilakukan.
|
15/12/2015
5.00 petang - 6.00
malam
|
Kami mengadakan
perbincangan bersama penyelia kami,Professor Dr Edward Wong Sek Khin bagi mendapatkan
pengesahan tarikh dan aktiviti yang akan dilakukan.Ini kerana kami perlu
memastikan bahawa aktiviti kami menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
|
23/02/2016
4.00 petang - 6.00
petang
|
Perbincangan
telah dilakukan mengenai aktiviti kutipan dana dan ia telah ditetapkan bahawa
kami akan melakukan kerja aktivti mencuci kereta di Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan dan kawasan berdekatan.
|
25/2/2016
4.00 petang - 6.00
malam
|
Perbincangan
dilakukan sekali lagi untuk mendapat kata putus daripada kesemua ahli
kumpulan dan penyelia dan semua orang bersetuju untuk melakukan aktiviti
mencuci kereta bagi mengumpul dana.
|
FASA SEMASA
(26/2/2016)
TARIKH
DAN MASA
|
AKTIVITI
|
26/2/2016
7.30
pagi - 9.00 pagi
|
Kami
berkumpul di Dataran Zaba bagi mendengar sedikit penerangan daripada penyelia
kami, Dr Edward dan membuat persiapan.
|
9.00
pagi - 11.00 pagi
|
Kami
dibahagikan kepada dua buah kumpulan.Aktiviti cucian kereta dijalankan di
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di kawasan tempat meletak kenderaan.Kami
mula mendapatkan pelanggan untuk mencuci kereta mereka. Pembahagian kerja
juga telah diagihkan kepada dua tugasan iaitu untuk mencuci kereta dan
mengumpulkan air ke dalam baldi.
|
11.00
pagi - 12.30 tengahari
|
Kami
mula bergerak ke kawasan lain yang berdekatan dengan fakulti kami iaitu di
sekitar kawasan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran untuk mencari lebih ramai
pelanggan.
|
12.30
tengah hari - 2.30 petang
|
Kami
mengambil keputusan untuk berehat kerana sudah tiba waktu makan tengahari dan
juga saya dan lelaki Muslim yang lain perlu bergerak ke masjid untuk
menunaikan solat Jumaat.
|
2.30
petang - 5.00 petang
|
Setelah
kami pulang dari solat, kami meneruskan lagi aktiviti membasuh kereta.
|
5.00
petang - 6.00 petang
|
Menjelang
waktu petang,kami bersiap-sedia untuk menamatkan aktiviti cucian kereta dan
kami mengambil beberapa pelanggan terakhir.
|
6.00
petang
|
Akhirnya
kami membuat keputusan untuk menamatkan aktiviti mencuci kereta dan kami
berjaya mengumpulkan dana yang diperlukan.
|
27/2/2016
TARIKH
DAN MASA
|
AKTIVITI
|
27/2/2016
7.30
pagi - 8.30 pagi
|
Kami
berkumpul di hadapan pintu pagar Fakulti Bahasa dan Linguistik untuk menunggu
penyelia kami dan sedikit penerangan.
|
8.30
pagi - 9.00 pagi
|
Kami
mula berjalan untuk ke rumah orang tua dan perjalanan mengambil masa 10-15
minit.Mujur rumah orang tua terbabit terletak berdekatan dengan universiti
kami.
|
9.00
pagi - 10.00 pagi
|
Kami
tiba di rumah orang tua tersebut dan diperkenalkan kepada pemilik rumah
terbabit.Kami mengambil gambar dan meninjau-ninjau kawasan rumah
tersebut.Penghuninya tidaklah ramai dan tempat tersebut berada dalam keadaan
bersih dan terjaga.
|
10.00
pagi - 12.00 tengahari
|
Saya
ditugaskan untuk mengambil gambar dan mengemop lantai.Setelah selesai tugas
terbabit saya mula meluangkan masa bersama-sama dengan penghuni rumah orang
tua.Ini merupakan kali pertama saya meluangkan masa dengan mereka.
|
12.00
petang - 2.00 petang
|
Tiba
masa untuk makan tengahari bersama-sama dengan penghuni rumah orang tua.Kami
juga diberi peluang untuk berehat seketika dan bagi pelajar Muslim kami
dibenarkan untuk pulang sebentar ke kolej untuk menunaikan solat Zohor.
|
2.00
petang - 5.00 petang
|
Menjelang
waktu petang,kami diarahkan untuk membasuh kereta dan mencuci kawasan halaman
rumah orang tua tersebut.Kami mencuci 2 buah kereta di samping membersihkan
kawasan saluran longkang..Kami juga bertemu dengan ahli keluarga penghuni
yang melawat mereka pada hari itu.
|
5.00
petang - 5.30 petang
|
Sebelum
kami bersiap-sedia untuk pulang kami diberikan penerangan untuk aktiviti
keesokan harinya dan disuruh untuk bersiap-sedia untuk hari esok.
|
\
28/2/2016
TARIKH
DAN MASA
|
AKTIVITI
|
28/2/2016
7.30
pagi - 9.00 pagi
|
Kami
berkumpul di hadapan pintu pagar Fakulti Bahasa dan Linguistik seperti biasa
dan bergerak ke rumah orang tua.
|
9.00
pagi - 10.00 pagi
|
Pada
hari tersebut aktiviti utama kami adalah aktiviti mengecat.Kawasan yang perlu
dicat adalah di kawasan dapur dan ruangan pintu masuk.Kami diberi penerangan
ringkas dan diberikan alatan untuk mengecat.
|
10.00
pagi - 12.00 tengahari
|
Saya
ditugaskan untuk mengikis dan mengecat.Kami mengambil giliran dalam tugas
pembahagian kerja dan berulang-alik dalam membantu ahli yang lain.Tugas yang
paling berat adalah mengikis cat yang lama kerana ia sukar untuk ditanggalkan
dan sememangnya memakan banyak tenaga.
|
12.00
petang - 2.00 petang
|
Menjelang
waktu tengahari kami diarahkan untuk berhenti seketika dan diberi makan
tengahari dan masa berehat.Seperti biasa pelajar Muslim dibenarkan untuk
pulang sebentar ke kolej untuk menunaikan solat Zohor.
|
2.00
petang - 5.00 petang
|
Selesai
sahaja solat Zohor,kami diarahkan untuk n membersihkan kawasan yang telah
dicat.Kami juga menyapu daun-daun kering di luar rumah dan menghabiskan masa
bersama-sama penghuni rumah orang tua terbabit.
|
5.00
petang - 5.30 petang
|
Aktiviti
terakhir kami melibatkan penghuni orang tua iaitu sesi menangkap gambar dan
kami turut mengucapkan terima kasih kepada penghuni rumah terbabit
terutamanya pemilik rumah tersebut yang sering menjamu kami dengan pelbagai
hidangan yang enak.Ia merupakan pengalaman yang cukup berharga buat kami
semua.
|
TARIKH
DAN MASA
|
AKTIVITI
|
1/3/2016
2.00
petang - 3.00 petang
|
Kami
berkumpul di Dataran Zaba bagi mengumpul gambar sepanjang aktiviti kami dalam
mencuci kereta dan lawatan ke rumah orang tua.
|
4/3/2016
3.00
petang - 4.30 petang
|
Kami
diberi penerangan mengenai laporan yang akan kami buat dan bentangkan pada
penghujung kursus ini.
|
10/3/2016
4.00
petang - 6.00 petang
|
Laporan
yang akan dibentangkan itu seterusnya dibincangkan bersama-sama dengan
penyelia kami,Dr. Edward.
|
16/3/2016
5.00
petang - 7.00 petang
|
Perbincangan
bersama-sama ahli kumpulan dilakukan mengenai laporan yang akan dibuat.
|
24/3/2016
4.00
petang - 6.00 petang
|
Laporan
pertama dibentangkan kepada penyelia kami,Dr. Edward.
|
1/4/2016
4.00
petang - 6.00 petang
|
Perbincangan
diteruskan mengenai laporan kedua yang akan dibentangkan bersama-sama ahli
kumpulan.
|
5/4/2016
6.00
petang - 7.00 petang
|
.Penyelia
kami iaitu Dr.Edward memberi penerangan mengenai jurnal yang akan kami
lakukan.
|
21/4/2016
5.00
petang - 6.30 petang
|
Laporang
lengkap akhirnya disiapkan oleh semua ahli kumpulan.
|
5/5/2016
4.00
petang - 6.00 petang
|
Laporan
dan jurnal dibentangkan kepada penyelia kami untuk disemak.
|
18/5/2016
5.00
petang - 6.30 petang
|
Penerangan
dibuat oleh ketua kumpulan kami mengenai pembentangan laporan kami yang akan
dilakukan pada hari Rabu pada 25 Mei 2016.
|
No comments:
Post a Comment