Fasa Sebelum
Time
|
Aktiviti
|
23/10/2015
10.00am-12.00pm
|
Taklimat
pertama bersama penyelia. Kami telah dibahagikan kepada kumpulan dan saya
ditempatkan di kumpulan 10. Kami diberi taklimat tentang subjek jalinan
masyarakat dan sesi pemilihan ketua dilakukan. Saya dapat mengenali
kawan-kawan baru didalam kumpulan.
|
5/11/2015
6.00pm-8.00pm
|
Perjumpaan
pertama bersama ahli di Dataran Za’ba. Saya dan ahli kumpulan perlu memberi
idea masing-masing aktiviti yang perlu dilakukan dalam jalinan masyarakat. Cadangan
yang diberikan perlu dimasukkan dalam proposal kami.
|
19/11/2015
6.00pm-8.00pm
|
Perjumpaan
kedua di Dataran Za’ba dilakukan untuk membuat proposal untuk subjek jalinan
masyarakat. Proposal ini perlu dihantar kepada penyelia untuk semakan.
Cadangan yang telah dipilih dimasukkan dan dihantar kepada penyelia kami.
|
23/11/2015
5.00pm-7.00pm
|
Perjumpaan
bersama penyelia. Kami menghantar proposal yang telah siap untuk disemak dan
membetulkan kesilapan sebelum dihantar kepada penyelia untuk pemarkahan.
|
26/11/2015
|
Setelah
membetulkan semua kesilapan yang dinyatakan oleh penyelia, kami menghantar
proposal yang berkaitan dengan aktiviti yang perlu kami lakukan selama 30 jam
untuk subjek jalinan masyarakat. Cadangan kami adalah untuk pergi ke rumah
orang tua dan cucian kereta untuk mencari dana
|
4/12/2015
11.30
am-1.00pm
|
Sesi
perbincangan dengan penyelia untuk menetapkan tempat yang kami hendak melakukan
aktiviti mencari dana
|
14/12/2015
12.00pm-2.00pm
|
Kami
menghubungi beberapa tempat untuk meminta kebenaran pengurus disana untuk
kami melakukan aktiviti. Kami juga membuat perbincangan mengenai
aktiviti-aktiviti yang boleh kami lakukan di sana.
|
15/12/2015
|
Kami
memilih Harmony Care Centre sebagai tempat kami melakukan aktiviti jalinan
masyarakat. Tempat ini berdekatan dengan dengan kolej kesembilan dan
memudahkan kami ke sana. Kami hanya perlu berjalan kaki dan pengurus tempat
itu juga membenarkan kami melakukan aktiviti.
|
23/2/2016
|
Kami
juga akan melakukan aktiviti mencuci kereta untuk mengumpul dana. Kami telah
menetapkan untuk menjalankan aktiviti mencuci kereta di fakulti perniagaan
dan perakaunan. Kami telah meminta kebenaran pihak fakulti untuk mencuci
kereta. Kami juga menyediakan barang-barang untuk mencuci kereta seperti
baldi,kain dan sabun.
|
25/2/2016
|
Persiapan
untuk mencuci kereta telah lengkap. Kami memeriksa semua alatan yang perlu
digunakan. Kami juga berbincang tempat
berkumpul dan waktu aktiviti dijalankan supaya aktiviti ini dijalankan dengan
lancar.
|
Fasa Semasa
26/2/2016
Time
|
Aktiviti
|
7.30
AM
|
Kami
berkumpul di Dataran Za’ba untuk menjalankan aktiviti mencari dana dengan
mencuci kereta staf dan orang awam di Dataran Za’ba. Kami hanya mengenakan bayaran yang murah kepada pelanggan untuk
kutipan dana yang dilakukan.
|
8.00
AM
|
Kami
memulakan aktiviti mencuci kereta dan menyiapkan air dan sabun untuk cuci
kereta di kawasan parker kereta. Kami membahagikan kumpulan kami kepada dua
untuk memudahkan kami mencuci kereta dan mencari pelanggan yang ramai.
|
9.00
AM
|
kami
mencuci kereta dan Berjaya menarik beberapa pelanggan. Saya sangat gembira
bila ada pelanggan bersetuju untuk memberi kereta mereka untuk dicuci.
|
10.00
AM
|
Kami
berlari dan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah
mencuci kereta kami mengelap kereta-kereta tersebut sehingga berkilat.
|
12.00
PM
|
Setiap
ahli membawa air mereka lantaran cuaca yang panas. Walaupun cuaca panas kami
tetap bersungguh sungguh untuk mencari pelanggan yang ingin mencuci kereta
|
1.00
PM
|
Kami
membuat keputusan untuk berehat sebentar untuk makan dan solat bagi yang
muslim. Semua ahli kelihatan penat dan panas disebabkan cuaca yang agak
panas.
|
2.30
PM
|
Setelah
lama disana, kami mebuat keputusan untuk ke kawasan berdekatan fakulti untuk
menambah dana dan mencuci kereta.
|
3.00
PM
|
Nasib
kami agak baik kerana ramai yang membantu kami dengan memberi kereta mereka
untuk dicuci.
|
4.00
PM
|
Saya
masih ingat ada satu pelanggan yang ingin menguji kami dengan menyuruh
kumpulan kami untuk membasuh kereta sehingga berkilat. Ahli kami tidak
berputus asa dan mencuci dengan bersungguh-sungguh sehingga dia berpuas hati.
|
5.00
PM
|
Setelah
lama menunggu dan mencuci kereta, kami membuat keputusan untuk berhenti dan
pulang akibat keletihan.
|
5.30
PM
|
Kami
pulang ke kolej masing-masing dan berharap kutipan yang kami dapat boleh
membantu Harmony Care Centre
|
27/2/2016
Time
|
Activity
|
7.30
AM
|
Kami
berkumpul di hadapan pagar kolej kesembilan untuk pergi ke Harmony Care
Centre. Kami pergi ke sana berjalan kaki selama lima belas minit. Saya berasa
teruja untuk kesana kerana ini adalah kali pertama saya melawat rumah orang
tua. Kami juga diberi sedikit taklimat oleh penyelia sebelum ke sana.
|
8.00
AM
|
Kami
berjalan bersama tanpa melengahkan masa. Perjalanan disana tidak terlalu jauh
dan kami sampai di sana dengan selamat.
|
8.30
AM
|
Penyelia
kami memperkenalkan kami dengan pemilik Harmony Care Centre. Pemilik tersebut
sangat mengalukan kedatangan kami. Sebelum menjalankan aktiviti kami
mengambil beberapa gambar bersama penyelia.
|
9.00
AM
|
Kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti yang berbeza
seperti mengemas tempat disana dan membersihkan kawasan luar tempat tersebut.
Saya telah mengelap cermin di dalam rumah tersebut.
|
10.00
AM
|
Setelah
itu, saya membantu ahli kumpulan mengemop lantai supaya tempat tersebut
sentiasa bersih dan orang tua di sana tidak jatuh sakit.
|
11.00
AM
|
Setelah
siap mengemas kawasan tersebut , saya berbual bersama orang tua di sana.
Mereka sangat peramah dan pandai berbahasa melayu dengan baik. Ini memudahkan
lagi komunikasi antara kami.
|
12.00
PM
|
Setelah
kami menjalankan beberapa aktiviti, waktu makan tengah hari telah tiba. Kami
membantu orang tua disana dengan menyuapkan makanan untuk mereka yang tidak
mampu.
|
1.00
PM
|
Kami
membuat keputusan untuk makan setelah kepenatan membuat kerja. Penyelia kami
telah membeli makanan dan kami makan di rumah orang tua di sana
|
1.30
PM
|
Ahli
yang bukan muslim telah membasuh pinggan sementara muslim menunaikan solat di
kolej kesembilan.
|
2.30
PM
|
Setelah
pulang dari solat kami meneruskan aktiviti untuk membasuh kereta pemilik dan
membasuh lantai di bahagian luar. Saya berasa sangat seronok.
|
3.30
PM
|
Kami
juga mengelap tingkap dibahagian luar dan mengelap kereta yabg telah di cuci.
Kami juga berbual dengan warga emas di sana dan mereka menceritakan
pengalaman hidup mereka.
|
5.30
Pm
|
Setelah
menjalankan semua aktiviti, kami meminta diri untuk pulang ke UM dan mengambil
sedikit gambar bersama warga emas di sana
|
28/2/2016
Time
|
Activity
|
7.30 AM
|
Kami berkumpul semula di hadapan pagar kolej
kesembilan untuk pergi ke Harmony Care Centre pada hari kedua. Kami pergi ke
sana berjalan kaki selama lima belas minit. Saya tidak sabar untuk berjumpa
dengan warga emas di sana semula.
|
8.00 AM
|
Setelah sampai di sana kami dibahagikan kepada
kumpulan untuk melakukan aktiviti. Kami mengemas rumah tersebut dan mengemop
lantai di setiap bilik dan ruang tamu. Semua ahli mengemas bersam-sama dan
mengeratkan lagi hubungan antara kami.
|
9.00 AM
|
Kami juga membantu pekerja disana untuk mengambil
tekanan darah tinggi pesakit dan perlu merekodnya. Pekerja di sana mengajar
kami dengan penuh kesabaran. Kami juga menyapu losyen di badan pesakit dengan
berhati-hati.
|
10.30 AM
|
Kami juga telah menghakis beberapa bahagian di
kawasan tersebut seperti di bahagian dapur dan kawasan depan rumah tersebut.
|
11.00 AM
|
Kami mula mengecat setelah menghakis dinding. Kami
bergilir-gilir mengecat kerana berus cat tidak mencukupi. Setelah siap
mengecat kami menyapu dan mop lantai supaya tidak ada kotoran cat di sana.
Kami berpuas hati dengan dinding yang
telah kami cat.
|
12.30 PM
|
Pemilik Harmony Care Centre telah memasakkan untuk
kami dan beberapa ahli membantunya memasak. Kami sangat bersyukur atas
makanan yang telah diberikan.
|
1.00 PM
|
Ahli kumpulan yang muslim telah pergi solat dan yang
bukan islam mengemas dan mencuci pinggan yang telah digunakan. Setelah solat
kami berbual dengan warga emas dan mendengar kisah mereka dan mengambil
gambar bersama mereka. Saya berasa gembira walaupun dalam keletihan
|
5.30 PM
|
Kami meminta diri untuk pulang dan berharap dapat
berjumpa mereka semula. Kami juga berdoa agar pemilik dan warga emas di sana
sentiasa gembira dan panjang umur. Pelbagai pengalaman baru telah saya dapat
setelah aktiviti ini dijalankan.
|
Time
|
Activity
|
1/3/2016
2.00pm-3.00pm
|
Setelah melakukan semua aktiviti yang telah
dirancang, kami semua mengumpulkan gambar-gambar yang diambil semasa
melakukan aktiviti tersebut. Semua gambar dimasukkan ke dalam Facebook. Ink dapat memudahkan kami membuat
laporan
|
4/3/2016
3.00pm-4.30pm
|
Perjumpaan diadakan di Dataran Za’ba untuk
berbincang mengenai laporan yang perlu dibuat. Kami berbincang mengenai isi
kandungan laporan dan memberi pandangan kami tentang aktiviti yang telah kami
lakukan.
|
10/3/2016
4.00pm-6.00pm
|
Berjumpa dengan penyelia untuk menyemak sebahagian
laporan yang telah kami lakukan. Kesilapan yang kami lakukan akan dibetulkan
semula
|
16/3/2016
16/3/2016
|
Sesi perjumpaan dengan semua ahli tentang laporan
yang telah dibuat. Kami membetulkan semula bahagian yang salah dan perbaiki
laporan kami untuk disemak semula.
|
24/3/2016
4.00pm-6.00pm
|
Menghantar semula laporan kepada penyelia. Laporan
perlu diperbaiki di beberapa tempat
|
1/4/2016
4.00pm-6.00pm
|
Perjumpaan bersama ahli di dataran Za’ba untuk
perbaiki semula laporan yang telah kami buat. Semua ahli memberi cadangan
untuk membetulkan semula laporan kumpulan kami.
|
5/4/2016
6.00pm-7.00pm
|
Perjumpaan bersama penyelia. Terdapat beberapa
perubahan yang perlu kami lakukan dalam laporan kami. Kami perlu menyediakan
jurnal secara individu mengenai tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas
aktiviti dijalankan.
|
21/4/2016
5.00pm-6.30pm
|
Laporan yang telah siap disemak sebelum dihantar
kepada penyelia untuk diberi markah.
|
5/5/2016
4.00pm-6.00pm
|
Laporan dan jurnal yang telah siap ditunjukkan
kepada penyelia untuk disemak sebelum dihantar
|
18/5/2016
5.00pm-6.30pm
|
Perjumpaan bersam ahli kumpulan di Dataran Za’ba.
Kami berbincang mengenai pembentangan laporan yang telah kami lakukan. Ketua
dan setiausaha akan membentangkan laporan dan kami membentang jurnal kami.
|
No comments:
Post a Comment