MASA
|
AKTIVITI
|
23/10/2015
10.00am -12pm
|
Bagi melaksanakan kursus jalinan masyarakat ini, pelajar tahun pertama telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. Saya telah ditempatkan dalam kumpulan 10, yang terdiri daripada 10 ahli. Kami berkumpul dan diperkenalkan kepada penyelia kami iaitu Professor Dr Edward Wong Sek Khin.
|
19/11/2015
6.00pm – 8.00pm
|
Saya dan ahli kumpulan telah mengadakan perjumpaan untuk membincangkan kertas kerja. Ketua kumpulan, Te Yu Chong telah memberi penjelasan yang lebih mendalam kepada kesemua ahli supaya kami dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa yang perlu dilakukan pada masa akan datang.
|
05/11/2015 6.00pm – 8.00pm
|
Kami mengadakan perbincangan yang pertama untuk membincangkan apa yang perlu dilaksanakan untuk kursus jalinan masyarakat ini. Kami telah bersetuju untuk membuat lawatan ke rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
|
23/11/2015
5.00pm – 7.00pm
|
Kami membuat temu janji bersama penyelia kami, Professor Dr Edward Wong Sek Khin untuk membuat persetujuan bersama bagi kertas kerja ini. Penyelia kami telah bersetuju dengan tempat yang dipilih.
|
26/11/2015 5.00pm – 7.00pm
|
Setelah mendapat persetujuan daripada penyelia, kami telah membuat kata putus dan menetapkan bahawa kami akan mengadakan jalinan masyarakat ini di rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre. Kami telah menghantar kertas kerja yang telah disiapkan kepada penyelia untuk disemak.
|
04/12/2015 11.30am – 1.00pm
|
Kami dikehendaki untuk mengumpul dana bagi memberi sumbangan kepada rumah orang tua yang bakal kami lawati. Kesemua ahli kumpulan telah memberikan idea dan pendapat masing-masing. Satu temu janji telah dibuat bersama penyelia kami untuk membincangkan tentang hal ini.
|
14/12/2015
12.00pm – 2.00pm
|
Ketua kumpulan telah berhubung dengan pemilik Harmony Care Centre dan telah membuat temu janji untuk lawatan disana. Kami juga berbincang tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Semua ahli kumpulan telah memberi cadangan yang bernas bagi memastikan lawatan ini berjalan dengan lancar.
|
15/12/2015 5.00pm – 6.00pm
|
Satu perjumpaan bersama penyelia, Professor Dr Edward Wong Sek Khin, telah diadakan untuk mengesahkan semula hal ini. Perbincangan telah diadakan sekali lagi bagi memastikan susunan aktiviti yang akan dijalankan adalah sesuai dan menepati objektif kursus jalinan masyarakat ini.
|
23/02/2016 4.00pm – 6.00pm
|
Cadangan untuk mengumpul dana dengan membuat kerja amal mencuci kereta di fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya telah dikemukakan dan dipersetujui oleh ahli kumpulan. Kami telah menyenaraikan keperluan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti ini.
|
25/02/2016 4.00pm – 6.00pm
|
Setelah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan dan juga penyelia, kami telah mendapatkan kebenaran untuk melakukan aktiviti mencuci kereta di fakulti Perniagaan dan Perakaunan ini. Kami berbincang sesama ahli kumpulan tentang tentatif aktiviti ini bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.
|
FASA SEMASA
26/02/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 AM
|
Kesemua ahli kumpulan berkumpul
untuk memulakan aktiviti mengumpul dana seperti yang dirancang. Peralatan
seperti sabun, kain, dan beberapa botol air telah disediakan oleh penyelia
kami bagi memudahkan aktiviti ini dijalankan. Saya telah membawa sendiri baldi
untuk kegunaan membasuh kereta sepanjang hari.
|
8.30 AM
|
Kami bergerak ke tempat letak
kereta fakulti Perniagaan dan Perakaunan untuk memulakan aktiviti kami.
Beberapa minit kemudian kami sudah dapat menarik beberapa orang pelanggan.
Saya dan rakan-rakan mula membasuh kereta bersama-sama.
|
10.00 AM
|
Saya dan ahli kumpulan yang lain
bertukar-tukar tugas iaitu tugas mencuci, mengelap dan mengeringkan kereta.
Kami bekerjasama dalam memastikan kereta yang dicuci bersih dan memuaskan
hati pelanggan.
|
12.00 PM
|
Setelah berasa penat mencuci
kereta, saya mengambil alih aktiviti menarik pelanggan. Kebanyakan pelanggan
yang saya dapati ialah terdiri daripada pensyarah-pensyarah fakulti
Perniagaan dan Perakaunan. Tidak dilupakan juga pelajar-pelajar dan
kakitangan disini. Mereka memberi kerjasama untuk membantu kami mengutip
derma.
|
1.00 PM
|
Saya dan ahli yang lain membuat
keputusan untuk berehat sebentar dan bersama-sama makan tengahari di kafe
fakulti ini. Bagi pelajar muslim lelaki, mereka pergi menunaikan solat Jumaat
manakala pelajar muslim perempuan bergerak ke surau berdekatan untuk
menunaikan solat zohor.
|
2.30 PM
|
Walaupun cuaca panas ketika ini,
kami masih bersemangat untuk meneruskan aktiviti kami. Saya dan rakan-rakan
yang lain kembali semula ke tempat letak kereta fakulti Perniagaan dan
Perakaunan bagi meneruskan aktiviti mencuci kereta ini.
|
3.00 PM
|
Setelah mencuci beberapa buah
kereta, kami mengambil keputusan untuk bergerak ke fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran yang terletak di sebelah fakulti Perniagaan dan Perakaunan bagi
mencari lebih ramai pelanggan. Setibanya disana, saya terus mencari punca paip
air untuk memudahkan proses menukar air yang bersih dan kotor. Rakan-rakan
saya yang lain cuba menarik beberapa orang pelanggan di fakulti ini.
|
4.00 PM
|
Setelah selesai mencuci kereta
yang ditugaskan, saya bergerak dan membantu ahli-ahli kumpulan lain yang
masih mencuci kereta. Saya membantu mereka mempercepatkan proses mencuci
kereta dengan membantu mengelap kering cermin yang sudah dicuci.
|
5.00 PM
|
Setelah berasa penat dan letih,
kami membuat keputusan untuk berhenti. Saya mencuci kereta yang terakhir
dengan bersungguh-sungguh.
|
5.30 PM
|
Kami berkumpul dan membuat
refleksi untuk aktiviti sepanjang hari ini. Kesemua ahli kumpulan berasa
gembira kerana dapat menimba pengalaman mencuci kereta dan juga dapat
mengumpul dana yang banyak bagi membantu rumah penjagaan orang tua Harmony
Care Centre.
|
27/02/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 AM
|
Sebelum kami
bertolak ke rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre, saya dan ahli
kumpulan yang lain berkumpul di pagar Fakulti Bahasa dan Linguistik. Kami
berkumpul untuk memastikan kesemua ahli kumpulan hadir dan menunggu arahan
dari penyelia kami. Setelah itu, kami bergerak ke rumah penjagaan orang tua
Harmony Care Centre yang terletak berdekatan dengan kolej kediaman saya,
iaitu Kolej Kediaman Kesembilan Universiti Malaya.
|
8.00 AM
|
Kami tiba di
sana dan penyelia kami memperkenalkan pemilik rumah penjagaan orang tua
Harmony Care Centre. Kami beramah mesra dan mengambil gambar kenangan di
hadapan rumah tersebut bersama-sama pemilik dan penyelia kami.
|
8.30 AM
|
Saya dan
rakan-rakan mula beramah mesra dengan penghuni rumah penjagaan orang tua
Harmony Care Centre. Kebanyakan penghuni disini terdiri daripada kaum cina.
Mereka sangat mesra dan berbual-bual dengan kami. Mereka menceritakan serba
sedikit latar belakang mereka dan pengalaman sepanjang menghuni di sini.
|
9.30 AM
|
Saya membantu
pekerja disini untuk membersihkan mereka. Saya menyapu losyen sambil
berbual-bual dengan orang tua disini. Setelah selesai, saya mengambil alih
tugas memeriksa tekanan darah mereka. Ini kali pertama saya melakukan perkara
ini, dan saya berasa sangat teruja.
|
10.30 AM
|
Penghuni
disini menjamah sarapan pagi mereka. Saya tolong menyuap salah seorang
daripada mereka. Saya berasa pengalaman ini sangat berharga kerana saya sudah
kehilangan atuk dan nenek semasa kecil lagi.
|
11.30 AM
|
Setelah mereka
selesai makan, saya dan rakan mencuci pintu kaca di ruang tamu. Manakala ahli
yang lain menyapu sampah, menukar cadar, mengemop lantai.
|
12.30 PM
|
Beberapa ahli
kumpulan saya pergi membeli makanan tengah hari untuk kami. Manakala saya dan
ahli yang lain membantu pekerja disini menyiapkan makanan tengah hari untuk
mereka. Saya menikmati makanan tengah hari bersama rakan – rakan yang lain.
|
1.30 PM
|
Saya dan rakan
muslim yang lain bergerak ke kolej kediaman saya, Kolej Kediaman Kesembilan
Universiti Malaya untuk menunaikan solat Zohor. Saya memberi tumpang
rakan-rakan yang lain untuk menunaikan solat di bilik kediaman saya.
|
2.30 PM
|
Sekembalinya
saya di rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre, saya melihat
rakan-rakan yang lain sudah mula mengemas di luar rumah. Saya membantu
membasuh kereta pemilik rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre
manakala ahli kumpulan yang lain membasuh laman, menyiram pokok bunga dan
mencuci lantai. Setelah selesai membasuh kereta, saya membantu rakan yang
lain menyiapkan tugasan mereka.
|
4.30 PM
|
Setelah
selesai semua tugas, pekerja di rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre
menjemput kami untuk minum petang. Kami menikmati hidangan sambil
berbual-bual tentang aktiviti untuk hari esok.
|
5.30 PM
|
Kami bertolak
pulang ke Universiti Malaya bersama-sama. Saya dan rakan saya yang menghuni
Kolej Kediaman Kesembilan mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja manakala
rakan-rakan yang lain mereka menaiki teksi bersama-sama.
|
28/02/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 AM
|
Pada hari kedua, kami berkumpul
sekali lagi di pagar Fakulti Bahasa dan Linguistik bagi bersama-sama bergerak
ke rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre.
|
8.00 AM
|
Setibanya di sana, saya bertegur
sapa dengan penghuni dan pekerja rumah penjagaan orang tua Harmony Care
Centre. Tanpa membuang masa, saya menyapu lantai di sekeliling rumah.
|
10.00 AM
|
Setelah penat menyapu sampah,
saya duduk dan berbual-bual dengan penghuni rumah penjagaan orang tua Harmony
Care Centre. Saya mendengar pengalaman yang diceritakan oleh mereka.
|
12.00 PM
|
Seterusnya, kami ditugaskan untuk
mengecat dinding di dapur, bilik dan pintu hadapan. Sebelum mengecat, kami
dikehendaki membersihkan dinding terlebih dahulu. Kami juga perlu megalith
barang-barang seperti almari, papan kenyataan, meja bagi memudahkan aktiviti
ini dijalankan. Saya ditugaskan untuk membersihkan dinding di dapur.
|
1.30 PM
|
Kami mengambil keputusan untuk
berehat sebentar untuk makan tengah hari. Saya dan rakan-rakan menjamu selera
dan seterusnya apabila tiba waktu zohor, saya dan rakan-rakan muslim yang
lain berjalan kaki ke Kolej Kediaman Kesembilan bagi menunaikan solat di
sana.
|
2.30 PM
|
Kami menyambung tugas mengecat. Saya
mengambil alih tugas mengecat dinding di pintu hadapan. Oleh kerana berus cat
tidak mencukupi, kami terpaksa bergilir-gilir bertugas mengecat dinding.
Setelah semuanya selesai, kami menyusun semula meja, almari dan papan
kenyataan seperti sedia kala.
|
4.00 PM
|
Kami membuat keputusan untuk
mengadakan sedikit aktiviti bersama penghuni rumah penjagaan orang tua
Harmony Care Centre. Saya dan rakan-rakan menyanyi bersama-sama mereka untuk
menceriakan hari mereka. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membuat
mereka gembira. Saya mengambil beberapa keeping gambar kenangan bersama.
Setelah itu, kami menjamu sedikit makanan yang disediakan oleh pekerja.
|
5.30 PM
|
Kami bertolak pulang ke kolej kediaman
masing-masing
|
FASA AKHIR
MASA
|
AKTIVITI
|
01/03/2016 2.00 pm – 3.00 pm
|
Kami berkumpul dan bertukar – tukar gambar yang
diambil sepanjang aktiviti kami dijalankan.
|
04/03/2016 3.00 pm – 4.30 pm
|
Ketua kumpulan kami memberi penjelasan tentang
laporan yang perlu disiapkan.
|
10/03/2016 4.00 pm – 6.00 pm
|
Seterusnya, kami melakukan susulan laporan bersama
penyelia kami, Professor Dr Edward Wong Sek Khin.
|
16/03/2016 5.00 pm – 7.00 pm
|
Kami melakukan perjumpaan dan mesyuarat untuk
meenjelaskan tentang susulan laporan kami.
|
24/03/2016 4.00 pm – 6.00 pm
|
Melakukan mesyuarat dan perbincangan bersama
penyelia mengenai laporan versi 1.
|
01/04/2016 4.00 pm – 6.00 pm
|
Berjumpa sekali lagi bersama ahli kumpulan untuk
melakukan susulan laporan yang terbaru.
|
05/04/2016 6.00 pm – 7.00 pm
|
Melakukan pindaan laporan bersama penyelia dan juga
menerangkan lebih lanjut tentang jurnal yang perlu dilakukan.
|
21/04/2016 5.00 pm – 6.30 pm
|
Memuktamadkan tentang laporan yang dilakukan.
|
05/05/2016 4.00 pm – 6.00
|
Menunjuk laporan dan jurnal terbaru kepada penyelia.
|
18/05/2016 5.00 pm – 6.30 pm
|
Memberi penjelasan tentang pembentangan yang akan
dijalankan.
|
No comments:
Post a Comment