TARIKH & MASA
|
AKTIVITI
|
23/10/2015
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
|
Bagi kursus jalinan masyarakat, kami dibahagikan kepada kumpulan
masing masing. Saya telah di tempatkan di dalam kumpulan 10 di mana ketua kumpulan kami
ialah Tey Yu Chong. Perbincangan dimulakan dengan penerangan daripada
penyelia kami iaitu Professor Dr Edward Wong Sek Khin.
|
19/11/2015
6.00 petang – 8.00 malam
|
Ketua kumpulan kami, Tey Yu Chong memberi penerangan tentang kertas
kerja yang perlu dilakukan oleh kumpulan kami.
|
5/11/2015
6.00 petang-8.00 malam
|
Kami berbincang mengenai aktiviti yang boleh kami jalankan bagi
kursus jalinan masyarakat ini. Setiap ahli kumpulan telah mengutarakan idea
dan pendapat mereka masing masing. Kami telah bersetuju untuk membuat lawatan
ke rumah penjagaan orang tua Harmony Care Centre Seksyen 16, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
|
23/11/2015
5.00 petang-7.00 maalam
|
Kami membuat perbincangan bersama penyelia kami, Professor Dr Edward
Wong Sek Khin untuk mendapatkan pendapat dan persetujuan beliau dalam
melakukan kertas kerja ini. Penyelia kami bersetuju dengan tempat yang telah
dipilih bagi kursus jalinan masyarakat ini.
|
26/11/2015
5.00 petang-7.00 malam
|
Dengan mendapat persetujuan daripada penyelia kami, kami menetapkan
bahawa kami akan akan terus dengan agenda untuk melakukan kursus jalinan
masyarakat ini di rumah orang tua. Kami menyerahkan kertas kerja kepada
penyelia bagi tujuan semakan.
|
4/12/2015
11.30 tengah hari- 1.00 petang.
|
Kami telah ditugaskan untuk mengumpul dana untuk diberikan sebagai
sumbangan kepada rumah orang tua yang bakal kami lawati. Semua ahli memberi
idea dan pendapat. kemudian mengutarakan pendapat dan melakukan perbincangan
bersama penyelia kami.
|
14/12/2015
12.00 tengah hari – 2.00 petang
|
Ketua kumpulan telah berhubung dengan pemilik Harmony Care Centre dan
membuat temu janji untuk mengadakan lawatan di sana. Kami turut berbincang
tentang aktiviti yang bakal dilakukan di sana.
|
15/12/2015
5.00 petang-6.00 malam
|
Perjumpaan dilakukan lagi bersama penyelia kami, Professor Dr Edward
Wong Sek Khin bagi mengesahkan semula hal ini. Perbincangan dilakukan bagi
memastikan susunan aktiviti sesuai dan menepati objektif kursus jalinan
masyarakat.
|
23/02/2016
4.00 petang-6.00 petang
|
Perbincangan telah dilakukan mengenai kutipan dana dengan melakukan
kerja amal mencuci kereta di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.
|
25/2/2016
4.00 petang-6.00 malam
|
Melalui perbincangan yang lepas, semua ahli kumpuland dan penyelia
bersetuju untuk melakukan kerja amal mencuci kereta sebagai cara mengumpul
dana bagi rumah orang-orang tua.
|
26/2/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 pagi
|
Sebelum kami memulakan aktiviti mengumpul dana,
kumpulan kami berkumpul di hadapan perpustakaan Zaba bagi mendengar sedikit
penerangan dari penyelia kami, Dr Edward.
|
9.00 pagi
|
Kemudian kami dibahagikan kepada dua kumpulan,
kumpulan pertama ditugaskan untuk menarik minat orang ramai dan kumpulan
kedua ditugaskan untuk mencuci kereta. Aktiviti mencuci kereta dijalankan di
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan di perkarangan tempat meletak kenderaan.
Setelah beberapa minit, kami mendapat pelanggan pertama kami. Pembahagian
kerja juga telah diagihkan di mana sebahagian mencuci kereta dan sebahagian
lagi mengisi air di dalam baldi. Saya ditugaskan untuk mencuci kereta.
|
10.00 pagi
|
Kemungkinan faktor waktu pagi menyebabkan kami
kurang mendapat pelanggan lalu kami mengambil alternatif untuk menyapa
sesiapa sahaja yang berada di fakulti tersebut sekiranya mereka berminat
untuk menggunakan perkhidmatan kami.
|
12.00 tengah hari
|
Pada waktu ini, kami mendapat ramai pelanggan dan
semuanya berjalan dengan lancar dengan bantuan ahli kumpulan yang lain.
|
1.00 petang
|
Pada waktu ini, saya dan ahli kumpulan lain
mengambil keputusan untuk berehat. Bagi lelaki muslim, mereka pergi
menunaikan solat jumaat di masjid dan bagi wanita menunaikan solat zohor di
surau. Bagi kaum bukan islam, mereka pula berehat dan makan tengah hari.
|
2.30 petang
|
Setelah kaum muslim pulang dari solat, kami
meneruskan lagi aktiviti membasuh kereta dengan berpindah ke kawasan
perkarangan tempat meletak kenderaaan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.
|
3.30 petang
|
Aktiviti mencuci kereta mendapat sambutan yang ramai
di sana dan kami turut juga mendapat bayaran yang lebih dari harga yang
ditetapkan.
|
5.00 petang
|
Semakin petang, sambutan juga semakin kurang namun
kami masih mampu mendapat pelanggan.
|
6.00 petang
|
Kami mengambil keputusan untuk menamatkan aktiviti
mencuci kereta kerana kebanyakkan ahli kami sudah penat dan kami juga telah
berjaya mengambil dana lebih dari jangkaan. Walaupun penat namun saya berasa
sangat gembira, kerana setiap titik peluh ini akan di hulurkan kepada rumah
kebajikan orang-orang tua.
|
27/2/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 pagi
|
Sebelum kami bergerak ke rumah kebajikan orang-orang
tua, kami berkumpul di hadapan pagi berdekatan Fakulti Bahasa dan Linguistik
sementara menunggu penyelia kami, Dr Edward bagi memberi sedikit penerangan
|
9.00 pagi
|
Kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan memulakan
perjalanan kami ke rumah kebajikan orang-orang tua. Perjalanan ke rumah
kebajikan tersebut mengambil masa kira kira 15 minit di mana begitu jauh
dengan universiti kami.
|
10.15 pagi
|
Kami tiba di destinasi dan penyelia kami memperkenalkan
kami kepada penjaga yang bertanggungjawab di rumah kebajikan orang tua
tersebut. Kemudian kami semua mengambil gambar bersama di hadapan rumah
kebajikan tersebut.
|
11.00 tengah hari
|
Aktiviti dimulakan dengan pembahagian tugas dan kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Pembahagian tugas adalah seperti
membersihkan bilik, menyapu lantai, membersihkan perkarangan rumah kebajikan
tersebut dan pelbagai lagi
|
1.00 petang
|
Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Saya
ditugaskan untuk menyapu lantai dan mengemas bilik. Namun saya berjuga
mendapat peluang untuk berbual dengan penghuni di rumah orang-orang tua
tersebut. Ia merupakan pengalaman yang paling berharga bagi saya.
|
2.30 petang
|
Kemudian, kami dihidangkan jamuan tengah hari oleh
penjaga rumah orang tua tersebut. Kami sungguh terharu dengan layanan yang
diberikan.
|
3.30 petang
|
Bagi kaum muslim, kami menunaikan solat zohor di
Kolej Kediaman Kesembilan yang berdekatan dengan rumah kebajikan tersebut.
Manakala bagi kaum bukan muslim, mereka membantu membasuh pinggan dan
mengemas meja makan.
|
5.00 petang
|
Setelah pulang dari solat, saya dan ahli kumpulan
lain kembali ke rumah orang tua tersebut dan meneruskan tugasan kami.
Penghuni penghuni di rumah orang tersebut sangat ramah dan memudahkan kami
untuk berbual dengan lebih dekat dengan mereka.
|
6.00 petang
|
Setelah selesai semua tugasan, kami bercadang untuk
pulang namun sebelum itu kami memberi sedikit sumbangan kepada penghuni rumah
rumah orang tua tersebut melalui dana daripada aktiviti mencuci kereta. Sumbangan
yang diberikan adalah seperti kipas, beras dan sebagainya. Kami juga turut
mengambil gambar bersama. Kemudian kami pulang ke kolej masing masing dan
berehat kerana pada esok hari kami akan kembali lagi untuk melawat rumah
kebajikan orang orang tua tersebut.
|
28/2/2016
MASA
|
AKTIVITI
|
7.30 pagi
|
Bagi hari kedua, kami semua
berkumpul di pagar berdekatan dengan fakulti Bahasa dan linguistik . Kami
dibahagikan kepada dua kumpulan dan bergerak ke rumah kebajikan orang-orang
tua bersama.
|
8.00 pagi
|
Setibanya kami di sana, kami
terus melakukan tugas masing masing seperti mengemas bilik, membersihkan
perkarangan kawasan rumah kebajikan, menyapu lantai dan pelbagai lagi.
|
10.15 pagi
|
Setelah semua tugas mengemas
selesai, kami meneruskan aktiviti dengan mengecat dapur dan ruang tamu di
hadapan kerana warna cat makin pudar.
|
11.00 tengah hari
|
Bagi sesi mengecat, tugasan
dibahagikan kepada dua. Tugas yang pertama ialah mengikis cat yang lama dan
tugas yang kedua mengecat dinding dengan cat yang baru. Aktiviti tersebut
sangatlah menarik bagi saya.
|
3.30 petang
|
Bagi kaum muslim, kami
dikehendaki untuk menunaikan solat manakala bagi kaum bukan muslim berehat
sebentar setelah 2 jam mengecat dinding.
|
2.30 petang
|
Aktiviti mengecat diteruskan
oleh setiap ahli kumpulan kami sehingga lah semuanya selesai. Kini, kawasan
dapur dan ruang tamu kelihatan menarik.
|
3.30 petang
|
Kami membantu penghuni di
rumah orang tua untuk menjamu selera dengan menghidangkan mereka makanan dan
menyuap makanan pada mereka. Pada saat itu saya rasa begitu gembira kerana
dapat membantu mereka di sambil mengenali mereka dengan lebih rapat.
|
5.00 petang
|
Bagi menghiburkan penghuni
di rumah orang tua tersebut, kami semua bersetuju untuk menyanyikan lagu
untuk mereka. Malah ia menjadi lebih menarik apabila penghuni di rumah
kebajikan orang tua tersebut juga turut menyanyi bersama.
|
6.00 petang
|
Setelah aktiviti selesai,
tibalah masa untuk kami pulang walaupun sedih tapi kami berasa sangat gembira
kerana dapat meluangkan masa dan mengenali mereka. Saya berharap aktiviti
seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.
|
FASA TERAKHIR
MASA
|
AKTIVITI
|
1/3/2016
2.00 petang-3.00 petang
|
Perbincangan dilakukan di
dataran Zaba bersama ahli kumpulan yang lain. Kami berkongsi gambar yang
diambil semasa lawatan ke rumah kebajikan rumah orang tua bagi tujuan
laporan.
|
4/3/2016
3.00 petang-
4.30 petang
|
Penerangan mengenai laporan
yang harus dilakukan oleh ketua kumpulan kami iaitu Tey Yu Chong. Pelbagai
soalan diutarakan bagi mendapatkan kefahaman sepenuhnya mengenai penyediaan
laporan tersebut.
|
10/3/2016
4.00 petang-6.00 petang
|
Mendapat penerangan daripada
Dr Edward yang merupakan penyelia kami bagi mendapat susulan info mengenai
laporan bagi kursus jalinan masyarakat kami.
|
16/3/2016
5.00 petang-7.00 petang
|
Perbincangan bersama ahli
kumpulan mengenai setelah mendapat penerangan daripada penyelia. Pembahagian
tugas telah dilakukan oleh ketua kumpulan kepada kami.
|
24/3/2016
4.00 petang-6.00petang
|
Perjumpaan bersama penyelia
mengenai laporan versi pertama yang kami lakukan. Perjumpaan dilakukan bagi
mendapat pendapat dan persetujuan oleh penyelia kami.
|
1/4/2016
4.00 petang – 6.00 petang
|
Perjumpaan bersama ahli
kumpulan bagi melakukan sedikit perubahan dan penambahbaikan terhadap laporan
kami.
|
5/4/2016
6.00 petang – 7.00 malam
|
Perjumpaan bersama penyelia
dan mendengar penerangan tentang jurnal yang perlu dilakukan oleh ahli
kumpulan kami. Jurnal tersebut adalah mengenai catatan aktiviti dan waktu
semasa lawatan dan aktiviti pengumpulan dana.
|
21/4/2016
5.00 petang-6.30 petang
|
Perjumpaan bersama ahli
kumpulan bagi mengumpulkan semua jurnal dari semua ahli kumpulan bagi tujuan
penyiapan laporan kursus jalinan masyarakat.
|
5/5/2016
4.00 petang – 6.00 petang
|
Perjumpaan bersama penyelia,
Dr Edward bagi mengemukakan laporan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami
kepada beliau.
|
18/5/2016
5.00 petang-6.30 petang
|
Perjumpaan bersama
ahli kumpulan dilakukan bagi penerangan mengenai pembentangan yang bakal kami
lakukan iaitu mengenai keseluruhan aktiviti bagi kursus jalinan masyarkat
kami ini.
|
No comments:
Post a Comment